Monday, October 13, 2014

Biodata Dr Abdul Hayei Bin Abdul Sukor



Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Sukor


Dr.Abdul Hayei Bin Abdul Sukor



                  Y.Bhg. Dr Abdul Hayei Bin Abdul Sukor dilahirkan pada 6 Januari 1947 di Pasir Mas,Kelantan Darul Naim dan berusia 64 tahun.Beliau juga merupakan mantan Profesor Madya di Akademik Pengajian Islam,Universiti Malaya.

      Memulakan permusafiran ilmu beliau dengan memperolehi ijazah pertama daripada Universiti Darul Ulum,Deoband di India.Kemudian beliau menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Al-Azhar,Kaherah di Mesir dalam jurusan pengkhususan Hadith dan Ulum Hadith.
  Dr Abdu Hayei Bin Abdul Sukor adalah seorang cendekiawan Islam lepasan Universiti  Al-Azhar,Mesir.Beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah Usuluddin di Yayasan Pengajian Islam Kelantan ,Nilam Puri,Kelantan Darul Naim pada tahun 1976 hingga 1979.Kemudian beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Hadith daripada Universiti Malaya.Seterusnya menjadi sebagai Pensyarah dan Dekan di Falkulti Usuluddin ,Akademik Pengajian Islam,Universiti Malaya bermula pada tahun 1980 hingga 2003.
  Beliau merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,serta pakar rujuk dalam bidang Al-Quran,Hadith dam akidah kepada  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Banyak menulis buku dan artikel serta salah seorang Panel Kajian Akidah JAKIM,Ahli Perunding Hukum Syara’Wilayah Persekutuan ,Ahli Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam dan juga Ahli Dewan Ulamak ,Majlis Agama Islam Negeri Kelantan.
Selain itu,beliau sangat aktif berdakwah menyampaikan syarahan agama,kuliah dan tazkirah di seluruh Negara selain menjawab persoalan agama menerusi laman web rasminya http//www.drhayei.com.Beliau  kini giat menyampaikan kuliah subuh dan selepas asar setiap hari di Masjid AT-Taqwa Tun Dr Ismail kecuali hari minggu.Kuliah beliau mendapat sambutan yang menggalakan.Kepakaran beliau dalam ilmu tafsir telah banyak menarik minat Ahli Kariah sekitar Taman Tun Dr Ismail dan kuliah Magrib di Masjid Tun Abdul Aziz ,Petaling Jaya.Turut bertanggungjawab sebagai Penasihat ,Masjid Taman Tun Dr Ismail selain pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah ,Pusat Rawatan Islam Wilayah Persekutuan (PUSRAWI).
             Beliau telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam penulisan karya-karya ilmiah.Selain sibuk dengan penulisan artikel dan manakala ahli ilmiah dalam jurnal,majalah dan akhbar,beliau turutmenghasilkan sebuah kitab tafsir Al-Quran versi Melayu yang berjudul  ‘TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN’ yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).Karya ini merupakan sumbangan besar beliau khususnya dalam legasi keilmuan beliau.

Antara karya yang diterbitkan oleh beliau

                         
                
  Kitab tafsir ini sebagai satu signifikan kepada kesinambungan kitab tafsir terdahulu iaitu Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.Tafsir Ar-Rahman merupakan tafsir yang memimpin masyarakat Islam menghayati isi kandungan Al-Quran ,manakala Tafsir Pedoman Muttaqin menjadi pedoman kepada orang yang memperoleh takwa setelah dipimpin dan dibimbing.
            Tafsir Al-Quran ini sangat mudah difahami oleh masyarakat awam ,bersift ilmiah,menarik ,kupasan yang kontempori dan perbahasan isu semasa yang relevan dengan cabaran dan situasi  umat Islam masa kini.Diterbitkan sebanyak 30 juzuk iaitu dua (2) juz setahun bermula tahun 2008 sehingga tahun 2022.
  Antara karya lain beliau adalah seperti berikut:
 “Hadith 40 Al- Nawawi, Tafsir dan Ulasan” yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1985
“Hadis Maudhu’, Sejarah dan Konsep”, Terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tahun 1998
“Islam Dalam Sabda”, Jilid 1 Terbitan Al-Amani Publisher pada tahun 2003
“Imam Malik, Sejarah dan Pemikiran”, Terbitan Yayasan Islam Negeri Terengganu, pada tahun 2003.
             Beliau adalah penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1432H/2011,seorang yang baik hati,dan seorang pakar yang banyak menyumbang tenaga kepada negara kepada agama dan bangsa.
            Ramai yang tidak tahu bahawa Haji Saad bin Haji Daud (1893-1943) atau lebih dikenali sebagai Haji Saad Kangkong adalah datuk kepada Dr Hayei. Haji Saad merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka dan antara yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara. Haji As'ad bin Haji Daud merupakan imam sewaktu perintis di Masjid Besar Kota Bharu. Guru Kitab Arab paling muda di Halaqat kitab Masjid Muhammadi.


Rujukan:






No comments:

Post a Comment